Bukan saya! Syura nafi gambar dipeluk, dicium mesra

Klik Video Artikel di Bawah :
Syura menafikan gambar pasangan kekasih berpeluk mesra dan bercium seperti yang tersebar di internet itu adalah dirinya. — Foto ihsan Instagram/syurabadronKUALA LUMPUR, 4 Sept — Penyanyi Syura menolak tohmahan beliaulah wanita yang dipeluk dan dicium mesra oleh seorang lelaki seperti gambar yang tersebar di internet.

Terkejut dengan kewujudan gambar itu, juara Masterchef Selebriti musim kedua bagaimanapun berkata dirinya masih waras dan tidak akan melakukan perkara yang menjatuhkan maruah sendiri.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku, gambar tersebut memang sah bukan saya. Saya sendiri tidak tahu bagaimana gambar itu wujud,” katanya, lapor Mingguan Malaysia.

Akhbar itu menerima kiriman gambar daripada sumber yang mendakwa lelaki berkenaan sudah berkahwin dan mempunyai hubungan istimewa dengan Syura.

Sumber itu juga memberikan paparan skrin perbualan mesra yang didakwa antara Syura dengan lelaki yang dikenali “Mr R.”

“Mr R” dikatakan anak kenamaan dari Sarawak dan menceraikan isterinya gara-gara hubungannya dengan penyanyi “Nazam Berkasih.”

Syura, nama glamor Zuraidah Badron, 31, bagaimanapun mengaku mengenali lelaki terbabit.

“Saya akui kenal dia, malah dengan ayahnya juga. Tetapi hubungan kami rapat seperti keluarga.

“Soal saya meruntuhkan rumah tangganya juga tidak benar sebab dia masih suami orang,” katanya, yang tidak menolak tohmahan itu cubaan menjatuhkan imejnya.

Syura sebelum ini berkahwin dengan guru Mohd Fadhly Md Yassin pada 29 Mac 2006 namun bercerai talak dua Ogos tahun lalu.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Nurul Dania Irdani, 9, Nurul Qaisara Sofia, 7 dan Muhammad Irfan Aryan, 5.
Bukan saya! Syura nafi gambar dipeluk, dicium mesra  Bukan saya! Syura nafi gambar dipeluk, dicium mesra Reviewed by Admin on November 14, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.